Tuesday, August 24, 2010

proses membuat belacan

Belacan
Tidak diketahui dari mana asalnya belacan kerana hampir semua negara di rantau Asia mengeluar & memproses belacan.Belacan dibuat melalui pengalaman para nelayan yang pada mulanya hanya sekadar menjadikannya sebagai makanan tambahan.
Oleh kerana sambutan yang menggalakkan dan perisa yang diminati, setiap kali datang musim, udang diperam untuk dijadikan belacan.
Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat untuk dimakan.



Ramuan Dan Bahan Yang Digunakan

Kebanyakan proses membuat belacan ini hanya dijalankan secara kecil-kecilan dan dilakukan di rumah. Belacan dibuat daripada udang kecil. Udang ini bersaiz kecil dan hanya boleh didapati pada waktu tertentu dan bergantung kepada keadaan pesisir laut. Ia terbahagi kepada 3 gred iaitu gred 1, 2, dan 3.
Gred pertama adalah dibuat daripada udang putih, dan berwarna putih. Belacan gred kedua pula dibuat daripada udang kecil yang bercampur dengan ikan bilis, dan berwarna gelap. Belacan gred ketiga pula dibuat daripada pelbagai jenis ikan kecil dan berwarna hitam.selain itu juga, udang geragau atau kara turut digunakan juga untuk menghasilkan belacan. Hampir 90 peratus belacan diperbuat dpd udang.
Selebihnya atau 10 peratus lagi digaul dgn garam. Ia penting kerana garam merupakan bahan awetan yang baik. Lebih-lebih lagi apabila proses pengeringan dilakukan. Sekiranya udang terkurang, belacan tidak terhasil dengan baik. Ia cepat busuk kerana berlaku pengurangan protein.

Kaedah Pemprosesan

BAHAN asas belacan ialah udang geragau dan garam. Udang yang digunakan untuk diproses menjadi belacan hendaklah terlebih dahulu dibersihkan daripada sebarang kotoran seperti tanah, pasir, habuk, kulat dan sebagainya. Garam yang digunakan pula ialah jenis garam halus. Jumlah garam yang digunakan biasanya ialah 10% daripada jumlah berat udang yang digunakan.

Bahan:
4 kg Udang Geragau
400 g Garam halus


langkah
1) Udang geragau yang telah dibersihkan dicampur dengan garam halus dan digaul supaya garam halus meratai ke semua udang yang digunakan.

2) Tuang udang yang telah digarami ke dalam nyiru dan diratakan supaya menjadi tebalnya setebal 1.0 sm – 1.5 sm, kemudian dijemur sehingga udang menjadi separuh kering.

3) Udang yang bergaram yang telah dijemur sepruh kering tadi dikisar supaya separuh hancur, dan ia dibungkus dengan kain dan dimasukkan ke dalam tong dan ditekan supaya menjadi padat; kemudian diperam selama seminggu.

4) Setelah diperam selama seminggu, keluarkan dan jika masih basah, terus dijemur lagi. Kemudian dikisar sekali lagi supaya adunan hancur menjadi halus; dan ia dibungkus semula dengan kain dan dimasukkan ke dalam tong dan ditekan supaya menjadi padat; kemudian diperam selama seminggu lagi

5) Ulang Langkah 4 sebanyak 3 kali lagi bagi menghasilkan belacan bermutu tinggi. Seterusnya hasil belacan itu dibiarkan menjadi matang selama 3 hingga 8 minggu.

6) Hasil belacan kemudiannya dibentuk dan dibungkus menggunakan pembungkus yang sesuai. Biasanya pembungkus yang sesuai bagi Belacan ialah bernama PVDC CoatedOriented Laminated to cast PP.

*Bagi menghsilkan 20 kg belacan, gunakan: 50 kg udang geragau dan sebanyak 5 kg garam halus.



rujukan:
tugasan 2 pelajar kursus makanan dan teknologi (SHF 3303)
(tajuk: pemprosesan makanan)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Belacan
http://www.hastaprima-catering.com/info-sehat/68-manfaat-mengkonsumsi-udang.html

0 comments:

Post a Comment