Sunday, August 1, 2010

NUTRIEN

Protein
fungsi:
•Terdiri daripada beberapa jenis asid amino
•Protein kelas pertama boleh didapati dari binatang
•Protein kelas kedua diperoleh dari sayuran
•Bahan untuk tumbesaran dan memperbaiki sel-sel yang rosak serta member tenaga.

contoh:
•Protein kelas pertama ialah protein yang mengandungi semua 10 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan. Ia terdapat pada daging, ikan, susu, dan telur.
•Protein kelas kedua pula merupakan protein yang tidak mengandungi kesemua asid amino yang perlu. Ia terdapat dalam protein tumbuhan seperti sayuran, kekacang, dan buah-buahan.



Karbohidrat
fungsi:
•Menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera kedalam sistem tubuh manusia.
•Menyediakan 50% dari pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia .
•Merupakan bahan bakar untuk kegiatan sel dan tisu
•Jika berlebihan akan disimpan sebagai lemak

contoh:
•Gula : gula,glukos, sirap
•Kanji : tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu
•Selulos
•Gam
•Pektin

Lemak
fungsi:
•Menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh.
•Penting sebagai tenaga untuk menjalankan setiap aktiviti.
•Bahan asas tenaga dan disimpan sebagai lemak.

contoh:
•Lemak tepu : minyak sapi, mentega, lemak sayuran, lemak daging, lemak khinzir, serbuk koko dan produk tenusu penuh krim.
•Lemak tak tepu : isirung kelapa sawit, jagung, bunga matahari, safflower, kacang soya, bran beras dan bijan) dan ikan laut dalam.


Vitamin
fungsi:
•Mengawal proses-proses penting dan membantu mempercepatkan tindak balas
•Turut terbabit dalam penghasilan sel darah merah, hormon, genetik, dan kimia dalam sistem saraf
•Tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapat tenaga dari tubuh

contoh:
•A (retinol) : susu, kuning telur, mentega, minyak, hati, ikan, lobak merah, bayam,dan sayuran
•Tiamin :Yis, bijirin, daging, hati
•Riboflavin: Yis, bijirin, keju, susu, sayuran hijau
•Niasin : Yis, bijirin, hati, kopi
•Asid pantotenik : Kuning telur, hati, ikan, sayuran hijau
•Piridoksin: Daging, ikan, bijian, telur, pisang, dan kentang.
•Kobalamin : Daging, ikan, tenusu
•Asid folik : Cendawan, kuning telur, hati, sayuran hijau
•H (Biotin) : Kuning telur, hati pisang
•C (Asid askorbik) ; Betik, limau, oren, tomato, sayuran hijau
•D (Kalsiferol) ; Telur, minyak ikan kod, mentega
•E (Tokoferol) : Sayuran hijau, minyak tumbuhan, kuning telur
•K (Filokuinon) : Bayam, sayuran hijau

Garam mineral
fungsi:
•Mengandungi kompoun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia
•Beperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan
•Membekalkan bahan-bahan khas untuk tumbesaran , membaiki dan menjaga kesempurnaan sel.



rujukan:
tugasan 1 pelajar kursus makanan dan teknologi (SHF 3303)
(tajuk: pemakanan dan diet seimbang)

0 comments:

Post a Comment