Thursday, August 12, 2010

Halia Penawar Serba Guna


Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu.

Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit terutama masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.

Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.

Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin.

Dalam kalangan masyarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada ramuan masakan.



Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam.

dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu.

Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut.

“Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan,”

bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.

“Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas.

“Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut,”

Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sickness semasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum.


rujukan:
http://forum.wanitaniaga.com/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Halia

0 comments:

Post a Comment