chicken chop
Bahan-bahan:
1 ekor ayam sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 6
Tepung gandum, utk menyalut ayam
2 biji telur, utk mencelup ayam
Bahan perap :
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara:
1. Gaulkan ayam dengan bahan perap selama 3 jam.
2. Golekkan ayam ke dalam tepung gandum.
3. Kemudian celupkan ke dalam telur yg telah dipukul.
4. Goreng ayam (Deep fry) hingga garing.
Bahan hiasan:
Broccoli, dicelur
Carrot, dicelur
Baby Corn, dicelur
French fries
Coles slaw
**(Cincang kobis dan sedikit carrot. Campurkan mayonese, sedikit krim putar, sedikit gula dan perahkan sedikit limau kasturi/lemon)
SOS LADA HITAM
1 bawang besar, dicincang halus
3 bawang putih, dicincang halus
4-5 sudu besar serbuk lada hitam, boleh adjust ikut kepedasan..
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap
3 cawan air rebusan daging
2 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn sedikit air
1 1/2 camca teh garam
1 sudu besar gula
minyak utk menumis
Cara-cara:
1. Tumis bawang besar & bawang putih hingga layu dan wangi.
2. Masukkan air rebusan daging.
3. Masukkan sos tomato, kicap, lada hitam dan tepung jagung. Kacau sebati.
4. Masukkan garam dan gula. Adjust rasanya ikut selera.
Resepi Diet - Ayam Kukus dan Sayur-sayuran
Bahan-bahannya
300gm ayam
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 batang serai (ditumbuk)
sedikit halia (ditumbuk)
sedikit lada sulah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
lobak merah+kacang peas+daun sup+bunga kobis (dipotong kecil)
beberapa cili padi (dipotong)
sedikit air asam jawa (gunakan hanya sedikit air)
garam secukup rasa
Cara-caranya
Campurkan semua bahan kecuali sayur dan cili dan perap ayam semalaman atau 3-4 jam.
Kukus ayam yg sudah diperap ini dlm kukusan.
Apabila hampir masak, masukkan sayur dan cili.
Nota: Semasa mengukus, ayam akan mengeluarkan air dan minyaknya sendiri seterusnya menghasilkan sedikit kuah. Selamat mencuba!
masak lemak cili api udang galah
Bahan2
Udang galah segar sebarang saiz
santan pekat
kunyit hidup ditumbuk halus
cili padi ditumbuk halus
bawang putih ditumbuk halus
bawang merah ditumbuk halus
serai dititik
daun kunyit dihiris2 halus
asam keping
garam secukup rasa
cara-cara
Masukkan santan dalam kuali dan panaskan, masukkan juga bahan2 tumbuk, serai daun kunyit asam keping dan garam. Bila dah mendiudih masukkan udang galah. Dah siap.