Wednesday, July 28, 2010

JEM NENAS


Pengenalan Kepada Jem Nanas

Jem merujuk kepada makanan yang terkenal bagi semua kaum di Malaysia.Jem juga merupakan sejenis manisan yang dihasilkan melalui perahan ataupun isi-isi buah-buahan. Terdapat pelbagai jenis jem yang dihasilkan melalui buah-buahan seperti nanas, pisang, mangga dan lain-lain buah. Malahan terdapat juga jem yang dihasilkan melalui sayur-sayuran.

Jem Nanas disediakan dari buah nanas yang sesuai kematangannya dengan mendidihkannya bersama gula dan bahan tambahan yang dibenarkan sehingga ianya menjadi likat dan kemudian akan beku (set) apabila disejukkan. Aspek penting yang perlu diberi perhatian adalah pemilihan buah nanas untuk membuat jem. Nanas yang dipilih mestilah cukup masak. Nanas yang masih muda mengandungi banyak asid dan ini boleh menjejaskan mutu jem. Nanas yang terlalu masak juga tidak sesuai digunakan kerana ia mengandungi air yang banyak di samping mempunyai warna yang kurang menarik.Pemilihan nanas sebagai satu bahan yang utama kepada jem ini adalah kerana nanas mengandungi pelbagai nutrient yang penting.