Thursday, March 28, 2013

cold appertizer salad & dressing

Pada minggu ini unit kami perlu menyediakan cold appertizer salad & dressing. Menu untuk minggu ini ialah shitake canape, deviled egg, mayonis, basic vinaigrette & caeser salad. 


SHITAKE CANAPE

Bahan-bahan
 20gm                cendawan shitake
 3 keping            roti putih
3 kepingan         isi ayam Turki                            | dihiris keci
 5 biji                 tomato ceri                                             | dihiris
 200g                Tuna (di dalam tin)
 Daun salad secukupnya
 Mayonis secukupnya
 
Langkah penyediaan:
1.     Roti putih dipotong saiz kecil dan dipelbagaikan jenis potongan supaya kelihatan menarik. Asingkan.
2.     Kemudian hancurkan isi ikan tuna dengan sudu di atas roti putih yang dilapikkan dengan daun salad. Sapukan pula mayonis secukupnya di atas inti.
3.     Setelah itu susunkan kepingan isi ayam Turki dan tomato ceri.
4.     Akhir sekali, letakkan roti berinti tadi di atas cendawan shitake yang telah direbus.
5.     Sedia untuk dimakan.



seterusnya kite tengok resepi....


MAYONIS 

Bahan-bahan

4 biji                telur kuning
6 ml                 cuka
2 tsp                garam
2 tsp                mustard kering
Secubit             cayenne
200 ml             salad oil
10 ml               cuka
10 ml               jus lemon

Langkah penyediaan:
1.         Pukul telur kuning sehingga gebu. Masukkan cuka dan pukul sebati.


2.         Masukkan bahan-bahan kering dan kacau rata.

3.         Masukkan salad oil perlahan-lahan sedikit demi sedikit.


4.         Apabila mayonis memekat, kurangkan kepekatan dengan sedikit cuka. Kacau berselang-seli dengan lebihan minyak.
5.         Sesuaikan rasa dan kepekatan menggunakan jus lemon.


selepas menyediakan mayonis, kita belajar macam mana untuk menyediakan deviled egg...


DEVILED EGG 
Bahan-bahan:
3 biji                 telur
50 ml                mayonaise
30g                   yellow mustard
Garam
50g                   lada/cili benggala warna merah & hijau (guna cili besar pun tak pe)
50g                   bawang holland

Langkah penyediaan
  1. telur dibasuh dan direbuskan. untuk mendapat tekstur yang lebih cantik, masukkan sedikit cuka dan garam ke dalam air rebusan
  2. telur yang telah masak direbus, ia perlu dibuang kulit. kemudian, telur itu dibelah dua. telur kuning diambil dan disatukan ke dalam satu bekas.

3. hancurkan telur kuning dengan menggunakan sudu. kemudian masukkan bawang holland, lada benggala (  warna merah,hijau, kuning ) , yellow mustard, garam dan  mayonis
    4. pipe atau guna satu sudu kecil telur kuning yang telah dicampur tadi ke dalam telur putih
    5. hias deviled egg mengikut kreativiti anda

sebelum kita tengok resepi terakhir, ada satu sos yang mencampurkan rasa salad iaitu basic vinaigrette atau lebih disebut istilah dressing... 


BASIC VINAIGRETTE


Bahan-bahan
20 ml               cuka
½ @ 1 tsp        garam
½ tsp               lada sulah
35 ml               salad oil



Langkah penyediaan:
1.         Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati.
2.         Kacau lagi sebelum digunakan.


akhir sekali kita tengok cara-cara menyediakan caesar salad..



CAESAR SALAD

Bahan-bahan:

350 gm                        daun salad Romaine
50 gm                          roti
20 ml                           olive oil
5                                  hirisan ikan bilis dalam botol (anchovy fillets)
2 ml                             bawang putih, dihancurkan
1 biji                            telur (direbus dengan api perlahan selama 1-2 minit)
25 ml                           jus lemon
85 ml                           olive oil
Secukup rasa               garam
10 gm                          parmesan cheese, disagat

Langkah penyediaan:
1.         Basuh daun salad dengan bersih. Simpan di dalam refrigerator.
2.         Buang bahagian tepi roti dan potong kepada kiub kecil (1cm).
3.         Panaskan kuali dengan lapisan nipis olive oil. Saute roti berkenaan (crouton) sehingga perang dan  rangup. Angkat daripada api.
Dressing
4.         Lenyek ikan bilis dan bawang putih bersama dan jadikan pes.
5.         Pukul telur dan jus lemon bersama sehingga gebu. Masukkan olive oil perlahan-lahan.
6.         Sesuaikan rasa.
7.         Potong atau koyakkan daun salad kepada saiz kecil. Masukkan ke dalam mangkuk besar.
8.         Sebelum dihidangkan, tuangkan ‘dressing’ ke atas salad di dalam mangkuk dan taburkan    parmesan cheese di atasnya.
9.         Masukkan croutons. Hidangkan.




SELAMAT MENCUBA!!!!.... minggu depan akan di update resepi-resepi yang lebih sedap untuk dikongsi bersama.


Sunday, March 24, 2013

Appertizer & Soup

Assalamualaikum... bertemu lagi kita pada kali ini. Nak tahu apa yang kami masak pada minggu ni? tungguuuu.....

ok, kita straigh to the point teruslah ya. menu pada kali ini tidaklah terlalu sukar bagi kami, tapi disebabkan belum pernah lagi kami mencuba menu ini, agak mencabar jugaklah bagi kami. pada minggu ini, unit saya ditugaskan untuk menyediakan chicken boxing, consomme ,french onion soup dan garlic bread. Apa? tak tahu macam mana rupa benda-benda ni semua? takpe.. takpe, saya tunjukkan ya :))


CONSOMME

ni namanya FRENCH ONION SOUP

CHICKEN BOXING


GARLIC BREAD

mesti kamu-kamu semua pernah makan kan? perut omputeh ler katakan .. hehehe. errr, nak resepi ke? boleh.. boleh.. bagi 2 posen.. :p.. gurau je.. jom kita teroka macam mana nak buat ya..

ok, menu yang pertama kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan dan  macam mana nak buat Consomme yah..

CONSOMME


Bahan- Bahan :

Daging lembu – dikisar 100 g
Putih telur 1-2 biji
Stok putih atau perang – disejukkan 500 ml
Campuran lik, celery, lobak merah dan 100 g
bawang besar, dipotong mirepoix
Pes tomato 25 g
Sachet 1 bunjut
Onion brule ½ biji

Cara-cara:


1. Campurkan daging, putih telur, bahan mirepoix, tomato dan 250 ml stok. Biarkan selama ½ jam. Adunan ini dipanggil clear meat.
2. Campurkan baki stok dengan clear meat, sachet dan onion brule.
3. Rebus hingga mendidih sambil dikacau sehingga telur berkumpul.
4. Kecilkan api dan biarkan stok merenih perlahan selama 1 – 1½ jam.
5. Tapis stok tersebut.
6. Keluarkan baki lemak dengan menggunakan kain maslin dan paper towel.
7. Sesuaikan rasanya.




FRENCH ONION SOUP

Bahan-bahan:

10 gm mentega
200 gm bawang besar, dihiris nipis.
500ml stok lembu
Garam
Lada sulah
½ batang French loaf
70 gm keju cheddar



Cara penyediaan:


1. Panaskan mentega di dalam pot menggunakan api sederhana. Masukkan bawang dan masak sehingga bewarna keperangan. (bawang hendaklah dimasak sempurna sehingga bewarna perang yang sekata. Gunakan api yang perlahan. Masak selama 30 minit.)
2. Masukkan stok dan renehkan sehingga mendidih selama 20 minit.
3. Sesuaikan rasa.
4. Potong roti 1cm- 2cm tebal. Bakar roti bersama keju. Letakkan di atas sup. Hidangkan.



CHICKEN BOXING


Bahan-bahan :

6 keping kepak ayam
Secukup rasa garam dan lada sulah
1 cawan tepung
1 cawan serbuk roti
2 biji telur, dipukul
3 keping lettuce (hiasan)



Cara penyediaan :

1. Potong kepak ayam dan jadikan bentuk yang dikehendaki (boxing).
2. Perap dengan garam dan lada sulah untuk seketika.
3. Lakukan SBP (standard breading procedure) dan goreng dalam minyak yang panas.


GARLIC BREAD

Bahan-Bahan

4 hiris french toast
100g mentega
2 ulas bawang putih
50g daun seleri

Cara Penyediaan :

1. french toast dipotong kepada 4 hirisan
2. cincang bawang putih dan daun seleri
3. sapukan marjerin pada roti tersebut dan taburkan bawang putih dan daun seleri.
4. bakar roti tersebut sehingga keperangan.


ok..puas hati dah? hehehe.. SELAMAT MENCUBA YA !! 

ok sebelum tu, saya nak tanya kamu-kamu ni tahu tak macam mana nak buat chicken boxing a.k.a ayam tinju tu? takpe..takpe..saya tunjukkan ya ;)).. sebenarnyakan.. untuk chicken boxing ni boleh kita nak guna kepak atau paha aym tu.. yang biasa saya buat pakai pah ayam.. tapi kali ini, saya akan tunjukkan pula macam mana nak buat kepak ayam jadi ayam tinju.. hehe

langkah pertama bermula dengan ....

BISMILLAH.. hehe

ok..jom kita tengok cara-caranya..
mula-mula, kita potong kepak ayam macam ni


ambil satu bahagian dan potong keliling di hujungnya bagi menanggalkan isi ayam  dari tulang



kemudian, tarik isi ayam di sekeliling tulang





tarik isi ayam ke bawah dan cabut tulang kecil yang ada



ehhh..belum selesai lagi..tapi saya nak tunjukkan juga macam mana nak buat pakai paha ayam ya.. lebih kurang macam kat bawah ni ja.


ni lah rupa bila kita gunakan paha sebagai ayam tinju.. langkah yang sama sahaja cuma bentuk je yang lain sikit
.



kemudian sadurkan ayam tersebut ke dalam tepung gandum, celup dalan telur dan  sadurkan dengan breadscrumbs. barulah boleh digoreng




langkah terakhir, barulah digoreng :))


SENANG je kan? so, lepas ni boleh lah mencuba ya !!! ;))

Sunday, March 17, 2013

''stok, thickening agent and souce''

Pada minggu ini kami menyediakan 'stok, thickening agent and souce'.Terdapat pelbagai jenis 'stok, thickening agent and souce'. Contoh stok ialah stok ikan, stok daging dan stok ayam. manakala untuk sos ialah sos veloute, sos bechamel, sos espagnole, hollaindaise dan sos tomato. Unit kami perlu menyediakan stok ikan, sos veloute dan sos bechamel.

ROUX

sebelum itu, kami ceritakan serba sedikit mengenai ejen pemekat. Terdapat pelbagai jenis ejen pemekat iaitu roux, telur, tepung dan beurre manie. beurre manie dalam isilah bahasa perancis yang bermaksud mentega yang diuli dan merupakan campuran mentega dengan tepung yang mempunyai berat yang sama. 

roux merupakan campuran antara tepung dan lemak dengan kadar nisbah yang sama. nisbah asas menyediakan roux ialah 1:1 iaitu satu bahagian tepung dan satu bahagian lemak. kemudaian ia dimasak sehingga menjadi pes yang lembut. masa untuk dimasak berbeza mengikut jenis roux

roux terbahagi kepada 3 jenis iaitu: 

  • white (2-3 minit)
  • blond (5 minit)
  • brown (10 minit)
                                                                         white roux


                                                                          blond roux


                                                                       brown roux

STOK 

stok diperlukan untuk menyediakan pelbagai jenis sup dan sos. contoh stok yang biasa dilakukan ialah 
  • stok putih (ayam dan ikan) 
  • stok perang (daging)
                                                   stok putih (ayam dan ikan)


                                                         stok perang (daging)


SOS

sos pula terbahagi kepada 4 jenis untuk resepi pada minggu ini. antaranya 
  • sos asas putih (sos veloute dan sos bechamel)
  • sos asas perang (espagnole)
  • sos asas mentega (hollondaise)
  • sos tomato
SACHET 

sachet merupakan uncang kecil yang mempunyai kandungan di dalamnya ialah daun bay, thyme, bunga cengkih dan daun pasli. ia dibungkus dengan menggunakan kain masli dan diikat dengan tali. 

ONION PIQUE 

onion pique merupakan cara tradisional perancis iaitu bawang besar yang telah dibelah dua dan diletakkan daun bay bersama bunga cengkih pada atas bawang itu. ia digunakan dalam menyediakan sos bechamel.




cara-cara untuk 'deboned ayam'

Potong sedikit pada tulang ayam dan dengan teliti hiriskan daging ayam dari tulang ayam tu.




Tetapi sebelum menyediakan stok ikan, kami perlu mengasingkan tulang ikan dan isi. istilah lain juga dipanggil fillet ikan 





cara-cara menyediakan stok ikan 

STOK IKAN 

bahan-bahan
 1kg        tulang ikan
 2 L         air 
60 gm     bawang besar *
30gm      seleri *
30gm      cendawan *
2tbsp       jus limau 

(mirepoix * )

sachet:
1 helai     bay leaf
1tsp         thyme
1tsp         lada putih 
4-6           batang pasli 
2              bunga cengkih


Cara penyediaan:
  1. Bersihkan ikan. Kemudian, tulang dipotong kasar dan dimasukkan ke dalam periuk yang berisi 2 liter air.
  2. Panaskan mentega, saute mirepoix. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang telah berisi tulang dan sauté lagi 3-5 minit..
  3. Masukkan jus limau dan sachet. Masak hingga mendidih. Keluarkan buih dan keladak. Proses ini dinamakan SKIM THE SCUM . Biar mereneh selama 30-45 minit.
  4. Tapis stok ikan menggunakan kain maslin.


SOS VELOUTE 

bahan-bahan

25g marjerin
25g tepung gandum
500m stok putih (ayam/ ikan)
garam 


Cara-cara:

1.      Cairkan lemak dalam periuk di atas api yang perlahan.
2.      Tambahkan tepung dan kacau sehingga menjadi blond roux. Angkat blond  roux dari dapur dan biarkan sejuk.    
3.      Panaskan stok sehingga mendidih, masukkan blond roux ke dalam stok. Kecilkan api dan renihkan selama satu jam. Sesuaikan rasa.
4.      Angkat dan tapis menggunakan kain maslin.
5.      Pintal kain maslin untuk mendapatkan sos.




SOS BECHAMEL 

bahan-bahan

25g       marjerin *
25g       tepung gandum *
500       ml susu UHT
1/2        bawang besar #
1           helai daun bay #
3           biji bunga cengkih #
garam
lada sulah 

white roux* 
onion pique #

Cara-cara:
1.      Cairkan lemak dalam periuk di atas api yang perlahan.
2.      Tambahkan tepung dan kacau sehingga menjadi white roux. Angkat white roux dari dapur dan biarkan sejuk.    
3.      Panaskan susu sehingga suam, masukkan onion pique ke dalamnya.  Masukkan susu suam sedikit demi sedikit ke dalam white roux dan kacau sehinga licin. Masak selama 30 minit. Sesuaikan rasa.
4.      Keluarkan onion pique dari dalam sos.
5.      Angkat dan tapis menggunakan kain maslin.





tamat sudah!!!
itu sahaja yang kami belajar dan sediakan pada minggu ini..
nantikan menu dan resepi lain yang akan di update pada minggu-minggu seterusnya..






Sunday, March 10, 2013

"American Breakfast"

haip..!! mulai minggu ni dan minggu-minggu yang seterusnya. kami akan tersangatlah RAJIN untuk update menu setiap minggu yah..hehehe. nak tau sebab pa?? adalahhhh.. RAHSIA !! klu rahsia mana boleh habaq ! :p

ok..sebelum nak melalut panjang-panjang.. minggu ni atau dengan secara detailnya pada 5 mac 2013 yang lepaih, kami ada buat menu untuk breakfast. kome-kome semua tau ke idak apa maknanya breakfast ? Meh chek nak habaq mai..

"BREAKFAST" tu sendiri adalah perkataan yang jelas untuk makna di sebaliknya. ok. sekarang kita pecahkan suku katanya. "Break" daripada "fast", atau dengan kaat mudahnya hidangan yang diambil untuk buka daripada puasa(setelah kita tidur semalaman). Malangnya ramai di antara kita yang mengabaikan kepentingan bersarapan ni.

Kebanyakan daripada kita makan malam pukul 8 kan (termasuklah kami) :p. dan selepas itu memalui tempoh 12 jam tanpa sebarang hidangan. kalau nak ikutkan, samalah dengan separuh hari tanpa makana. tambah-tambah ada pulak yang menghalang makanan dariapda masuk ke dalam tubuh dengan tidak bersarapan !!

haa.. kalau u olls nak tahu, "breakfast" ni ada 3 jenis tau :


  •  American breakfast
  • Continental breakfast
  • English breakfast


so.. minggu ni kami hanya tumpukan pada "AMERICAN BREAKFAST" je ya.. "american breakfast" ni kalau kome-kome nak mudah faham, lebih kurang macam sarapan pagi orang barat lah. ada sesetengah daripada orang kampung sejati memang takkan boleh telan lah makanan ni sebab mungkin mereka tak biasa. bagi mat saleh kat luar sana tu, ni memang makanan pagi mereka. 

ok.. ni kami tunjuk sikit camane lah rupa "american breakfast" ni yah





no..no..no.. ni bukan yang kami buat ya..yang kami buat, kami akan tunjuk sat lagi ya.. surprise !!! kih3

ok..ok.. sebenarnya ada 7 menu yang kami kena buat pada minggu ni.. banyak tu!! tapi semuanya sangatlah senang. (senang ke?) ekeke. Antaranya omelett, poached egg, sunny side up, scrambled egg, sausage & baked beans, french toast dan juga pancake. sebut elok-elok tau..jangan tersasul pulak.. hehe

Kome-kome nak ke resepinya? nak la tu.. nak la tu kan? kan?

Disebabkan hari ni hari jadi kucing saya, saya dengan baik hatinya memberi resepi-resepi tersebut kepada kome-kome semua. (godek-godek google pun dapat jugak ni) hehehe


Omelett


2 biji telur
1 tbsp mentega
1 keping keju
Garam dan lada putih
¼ lada benggala (dipotong dadu)
½ tomato (dipotong dadu)
½ cendawan tin (dihiris)
¼  bawang Holland (dipotong dadu)

Cara penyediaan:

1.                   Pukul telur. Perasakan dengan garam dan lada putih dan kacau sehingga sebati.
2.                   Panaskan kuali dan cairkan mentega
3.                   Masukkan telur yang telah dipukul, kemudian letakkan lada benggala, tomato, cendawan dan bawang di atas telur tersebut.
4.                   Setelah telur hampir masak, lipatkan telur tersebut dan hidangkan di dalam pinggan.



Scrambled Egg


2 biji telur
2 tbsp susu segar
1 tbsp mentega
Garam dan lada putih

Cara Penyediaan

1.                   Campurkan semua bahan dan pukul sebati.
2.                   Panaskan kuali dan cairkan mentega.
3.                   Masukkan adunan ke dalam kuali yang telah panas.
4.                   Kacau telur tersebut perlahan-lahan dan angkat sebelum telur terlalu masak (kering).



Sunny Side Up



2 biji telur
1tbsp minyak masak

Cara penyediaan:

1.                   Pecahkan telur di dalam bekas berasingan sebelum dimasukkan ke dalam kuali bagi mengelakkan telur kuning daripada pecah.
2.                   Panaskan minyak di dalam kuali.
3.                   Masukkan telur ke dalam kuali dan goreng sehingga masak. Pastikan telur kuning tidak pecah.



Poached Egg



2 biji telur
¼ periuk air
1 ½ tbsp cuka
Secubit garam


Cara penyediaan:

1.                   Panaskan ¼ periuk berisi air sehingga separa mendidih.
2.                   Masukkan cuka dan garam ke dalam air.
3.                   Pecahkan telur di dalam bekas berasingan. Kacau air satu arah dan masukkan telur perlahan-lahan. Pastikan kuning telur tidak pecah
4.         Pastikan telur membentuk dan masak sempurna selama 3-5 minit sebelum diangkat.



French Toast


 2 biji telur
2 ½ tbsp susu segar
1 ½ tbsp mentega
2 keping roti
Garam

Cara penyediaan:

1.                   Kemaskan roti dengan memotong bahagian tepi roti. Langkah ini dikenali             sebagai ‘trimmed’
2.                   Potong roti kepada 2 bahagian (jadikan bentuk segitiga)
3.                   Pukul telur bersama susu dan garam sehingga sebati.
4.                   Panaskan kuali dan cairkan mentega.
5.                   Celupkan roti ke dalam adunan cecair yang telah sebati dan masukkan ke dalam kuali     sehingga roti berwarna keperang-perangan.



Sausage & Baked Bean



2 biji sosej
2 sudu kacang panggang

Cara penyediaan

1.                   Rebus sosej dan toskan.
2.                   Susun atas pinggan dan letakkan kacang panggang.



Pancake


 Bahan kering
200g  tepung
20g gula
10ml sebuk penaik
 ½ tsp minyak

Bahan basah
1 biji telur
330ml susu
42g minyak masak

Cara penyediaan:

1.                   Campurkan semua bahan kering dan diayak.
2.                   Kemudian campurkan pula bahan-bahan cair seperti telur yang telah dipukul      bersama sus dan minyak.
3.                   Satukan bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul sehingga sebati.
4.                   Panaskan kuali dan cairkan mentega bagi mengelakkan pancake daripada melekat.
5.                   Tuangkan penkek di  tengah-tengah kuali dengan menggunakan ladle.
6.                   Masak penkek sehingga keperang-perangan.
7.                   Hidangkan bersama madu, mentega atau jem.


dah salin semua dah resepi-resepinya?.. apa tunggu lagi.. p lah buat cepat !!! :p

ehem ehem.. ni lah hasilnya pulak bila kami yang membuatnya.. jangan dok gelak-gelak 
sangatlah ya.. kih3(kami gelak tak pe)

ni lah hasilnya american breakfast kami. kat dalam ni ada french toast, omelett dan juga sausage & baked bean.


ni Pancake sedappp punya..

MINGGU depan pulak kami akan buat STOCK, THICKENING AGENT & SAUCE pulak !!..
apa? dah tak sabar nak tunggu resepinya? hehe sabau..sabau..

setakat ni je dulu untuk minggu ni yah.. jumpa lagi di minggu depan.. tata titi tutu

ASSALAMUALAIKUM wbt