Thursday, August 12, 2010

Amalan memakan kismis


Kismis merupakan salah satu daripada makanan yang sangat berkhasiat. Amalan pemakanan kismis boleh membantu sesorang individu tersebut mendapat bekalan oksigen yang secukupnya kerana kandungan zat besinya memang sangat diperlukan untuk membina darah bagi memstikan bekalan oksigen yang mencukupi disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen pada otak manusia boleh menyebabkan seseorang itu mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.Dalam Islam, cara pemakanan kismis yang biasa digunakan adalah:-

CARA MAKAN :

1. Menghadap kiblat.
2. Baca Bismillah dan diikuti selawat keatas nabi sebanyak 3 kali.
3. Kemudian baca doa penerang hati.
4. Selepas itu, masukkan kedalam mulut dan kemam seperti gula-gula. Jangan kunyah.
5. Makan sebiji-sebiji sehingga habis sebanyak 21 biji.

Diharap tips yang diberikan ini dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan yang lebih berkualti.

rujukan:
http://tenagadalaman.wordpress.com/2007/07/10/amalan-pemakanan-kismis-mengikut-islam/

0 comments:

Post a Comment