Thursday, August 12, 2010

Khasiat daun kaduk


Daun kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan. Daun kaduk sesuai dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi. Daun kaduk mempunyai khasiatnya tersendiri terutamanya dalam bidang perubatan melayu.

Daun kaduk sesuai digunakan untuk mengubati sembelit, sakit gigi, demam malaria, cacing, lemah badan dan lenguh tulang, batuk dan juga panau. cara rawatannya ialah dengan merebus terlebih dahulu daun kaduk tersebut dan air rebusan tadi diberi minum kepada mereka yang mengalami masalah dan penyakit berikut.

rujukan:
http://tenagadalaman.wordpress.com/2007/05/09/khasiat-daun-kaduk/

0 comments:

Post a Comment