Sunday, April 14, 2013

PASTA

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

sedar tak sedar dah nak masuk minggu ke8 kan? (memang tak sedar-sedar pun) hehe. Ok, mesti dah tertanya-tanya kan apa menu yang kami dah masak pada minggu lepaih kan.. huhu kalau tak bagitau pun kompom2 mesti dah tau punya kan. Dah TERANG lagi BERSULUH kan.. kat tajuk pun dah ada.. yedak?? kih3

Seperti yang sedia maklum, minggu lepaih kami masak pasta tau.. memang terangkat lah.. cengginih(sambil angkat ibu jari dua tau, angkat dua2)..hehe yang kami masak jela... ahha tak de lah semua unit masak pun cengginih ni haaa (angkat sume jari) kih2.


Anda sering makan PASTA??

Pasta merupakan makanan olahan yang sering digunakan pada masakan italia. pada umumnya pasta dibuat daripada campuran tepung terigu, air, telur dan garam yang dijadikan adunan yang boleh dibentuk menjadi pelbagai variasi ukuran dan bentuk.

ANDA tahu jenis-jenis pasta?? mesti nak tahu kan? :)). ok jom kta rungkai..


  1. SPAGETTI
spagetti merupakan pasta yang berbentuk lidi panjang tanpa lubang, biasanya spagetti disajikan bersama sos tomato dan daging cingcang.



2. SPAGETTINI

sama seperti spagetti tetapi spagettini lebih nipis dan halus berbanding spagetti.





3. FARFALLE

Pasta Farfalle adalah pasta yang berbentuk seakan rama-rama dengan tepi yang bergerigi. pasta ini sering disajikan bersama hidangan salad atau sajian utama dengan sos creamy



4. CONGHIGLIE

Bentuk Conghiglie menyerupai kulit kerang. pasta ini biasanya disajikan bersama sos atau ditambahkan ke dalam sup atau salad



5. CANNELONI

Pasta Canneloni berbentuk seperti paip yang berlubang. umunya diameter canneloni sekitar 3cm. dan panjangnya sekitar 5cm. pasta ini sesuai dimasak bersama dengan daging dan keju.



6. RIGATONI

Rigatoni merupakan jenis lain daripada Canneloni dengan bentuk yang lebih pendek serta memiliki alur-alur vertikal di sisinya



7. PENNE

Penne merupakan pasta yang mirip kepada canneloni. tetapi hujungnya berbentuk serong dan berdiameter lebih kecil.




8. DITALI

Pasta ini berbentuk seperti paip-paip pendek. kalau kita tengok,pasta ni lebih mirip kepada canneloni tetapi bentuknya lebih gemuk.




9. LASAGNA

Lasagna adalah pasta yang berbentuk lembaran nipis dengan panjang sekitar 27 cm dan lebar 5 cm.



10. VERMICELLI

Pasta ini lebih mirip kepada spagetti, tetapi vermicelli berukuran lebih pendek dan dan kecil. pasta ini sering diolah bersama hidangan laut dan biasa dijadikan isi sup.



11. ROTINI

Rotini merupakan pasta yang berbentuk spiral dan beralur. pasta ini sering disediakan bersama daging, sos keju dan sayuran.


12. FUSILLI

Seakan Rotini tetapi Fusilli lebih tipis dan panjang.




13. MACARONI

Macaroni merupakan pasta yang berbentuk paip melemgkung dengan lubang di tengahnya.



14. FETTUCINI

Pasta ini mirip kepada kuetiaw. fettucini sesuai dihidangkan bersama daging, keju, sayuran, atau seafood



15. TORTELLINI

Tortellini merupakan pasta yang diisi dengan daging dan keju. pasta ini sesuai dihidangkan bersama tomato dan sos krim.



16. RAVIOLI

Pasta ini berbentuk bantal kecil dan biasanya diisi dengan daging, keju dna sayuran.




nih nak bagi kome2 semua telan ayaq liur dulu boleh?? jom kita tengok cemane rupanya pasta nih.. jap2.. sebelum tu nak bagitau yang kami masak tu PASTA CARBONARA je tau.. tapi jangan merisaukan diri anda ya sebab kami akan tunjuk semua jenis-jenis pasta yang ada okeh !!

jom cikedout !!




ni namanya PASTA BOLOGNAISE



PASTA MARINARA



haa pasta ni lah yang unit kami buat tau.. namanya PASTA CARBONARA





PASTA AGLIO OLIO


ok.. sekarang jom kita tengok macam mana nak buat PASTA FETTUCINI CARBONARA ya.. mesti dah tak sabar ni kan? hehe

mula-mula kena tahu bahan-bahannya tau.


BAHAN-BAHAN

300 gm fettucine / conchiglie
45 gm mentega
2 ulas bawang putih, dicincang
1 helai daun bay
¾ cawan keju parmesan, disagat
150 ml heavy cream
30 ml susu segar
100 gm udang, dibuang kulit
100 gm sotong, dipotong gelang
4 biji cendawan butang, dihiris
Secukup rasa garam dan lada sulah
20 gm daun parsli – hiasan (digaul bersama pasta)



CARA PENYEDIAAN :

1. Didihkan air dan masukkan sedikit garam.
2. Setelah mendidih, masukkan pasta dan rebus sehingga al-dente. Angkat pasta dan masukkan dalam bekas berisi ais. Toskan dan gaul dengan sedikit olive oil.
3. Dalam masa yang sama, hasilkan stok (air rebusan) daripada kulit udang dan kepala sotong.
4. Panaskan mentega di dalam periuk dan sauté bawang putih dan daun bay.
5. Masukkan susu segar, heavy cream dan keju ke dalam periuk. Kacau sehingga pekat dan sebati.
6. Kecilkan api dan reneh selama 5-10 minit sebelum dimasukkan udang, sotong dan cendawan. Sesuaikan rasa dan kepekatan dengan menambah stok yang telah dihasilkan.


1 comments:

zaihasyranordin said...

ok pahammm.....

Post a Comment