Sunday, March 3, 2013

penyediaan masakan barat

pada minggu pertama amali penyediaan masakan barat, kami membuat 'basic cutting' sayur-sayuran.. kami belajar semula apa yang sudah belajar pada sem4.. berikut adalah merupakan beberapa contoh 'basic cutting' yang lakukan pada hari itu..

BATONETTE, dengan ukuran 1 cm x 1 cm x 2 cm

 

JULIENNE, dengan ukuran 1 mm X 1mm X 3cm
- Potongan sayur yang berbentuk seperti batang mancis api, biasanya diaplikasikan pada salad, tumis sayur, sup atau acar. Julienne digunakan pada wortel, lobak, kol atau daun bawang

 

BRUNOISE, dengan ukuran 1mm X 1 mm X 1mm
- Ini adalah turunan dari potongan julienne. Potongan sayur ini berbentuk kubus kecil. Biasa digunakan dalam memotong bawang, dan seledri



MACEDOINE, juga dikenali sebagai die atau cube dengan ukuran 1 cm x 1 cm x 1 cm
- Potongan ini adalah turunan dari potongan julienne juga. Berbentuk seperti dadu, biasa digunakan untuk memotong bawang, dan lobak

 

JARDINIERRE, dengan ukuran 1 cm x 1 cm x 3 cm
- Potongan ini adalah versi tebal dari julienne


PAYSANE, dengan ukuran 1 cm x 1 cm x 1 mm
- terdapat empat bentuk potongan. Untuk mengelakkan pembaziran, sayur dipotong mengikut bentuk sayur itu. Semua bentuk potongan dihiris nipis. segi tiga, segi empat dan bulat. Dimensi potongannya ialah 1.2cm x 1.2cm x 3mm.

 

SLICE iaitu potongan nipis. ia banyak digunakan pada bawang besar



 TURNING iaitu potongan segi lima atau melengkung
 - untuk sayuran seperti ubi kentang, carrot Selain itu ubi kentang (yang sudah dikupas) potong hujungnya, terus potong ke arah dalam, tapi jangan lurus, melengkung 

kaedah memasak yang kami dekat dapur pada minggu pertama

merebus. 

saute 

sekian, itu sahaja yang kami belajar pada minggu pertama amali....kita tunggu resepi masakan amali untuk minggu -minggu seterusnya yang lebih sedap..




1 comments:

bonjour said...

ringkas tp x padat... :)

Post a Comment