ok, kita straigh to the point teruslah ya. menu pada kali ini tidaklah terlalu sukar bagi kami, tapi disebabkan belum pernah lagi kami mencuba menu ini, agak mencabar jugaklah bagi kami. pada minggu ini, unit saya ditugaskan untuk menyediakan chicken boxing, consomme ,french onion soup dan garlic bread. Apa? tak tahu macam mana rupa benda-benda ni semua? takpe.. takpe, saya tunjukkan ya :))
CONSOMME |
ni namanya FRENCH ONION SOUP |
CHICKEN BOXING |
GARLIC BREAD |
mesti kamu-kamu semua pernah makan kan? perut omputeh ler katakan .. hehehe. errr, nak resepi ke? boleh.. boleh.. bagi 2 posen.. :p.. gurau je.. jom kita teroka macam mana nak buat ya..
ok, menu yang pertama kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan dan macam mana nak buat Consomme yah..
CONSOMME
Bahan- Bahan :
Daging lembu – dikisar 100 g
Putih telur 1-2 biji
Stok putih atau perang – disejukkan 500 ml
Campuran lik, celery, lobak merah dan 100 g
bawang besar, dipotong mirepoix
Pes tomato 25 g
Sachet 1 bunjut
Onion brule ½ biji
1. Campurkan daging, putih telur, bahan mirepoix, tomato dan 250 ml stok. Biarkan selama ½ jam. Adunan ini dipanggil clear meat.
2. Campurkan baki stok dengan clear meat, sachet dan onion brule.
3. Rebus hingga mendidih sambil dikacau sehingga telur berkumpul.
4. Kecilkan api dan biarkan stok merenih perlahan selama 1 – 1½ jam.
5. Tapis stok tersebut.
6. Keluarkan baki lemak dengan menggunakan kain maslin dan paper towel.
7. Sesuaikan rasanya.
FRENCH ONION SOUP
Bahan-bahan:
10 gm mentega
200 gm bawang besar, dihiris nipis.
500ml stok lembu
Garam
Lada sulah
½ batang French loaf
70 gm keju cheddar
1. Panaskan mentega di dalam pot menggunakan api sederhana. Masukkan bawang dan masak sehingga bewarna keperangan. (bawang hendaklah dimasak sempurna sehingga bewarna perang yang sekata. Gunakan api yang perlahan. Masak selama 30 minit.)
2. Masukkan stok dan renehkan sehingga mendidih selama 20 minit.
3. Sesuaikan rasa.
4. Potong roti 1cm- 2cm tebal. Bakar roti bersama keju. Letakkan di atas sup. Hidangkan.
CHICKEN BOXING
Bahan-bahan :
6 keping kepak ayam
Secukup rasa garam dan lada sulah
1 cawan tepung
1 cawan serbuk roti
2 biji telur, dipukul
3 keping lettuce (hiasan)
Cara penyediaan :
1. Potong kepak ayam dan jadikan bentuk yang dikehendaki (boxing).
2. Perap dengan garam dan lada sulah untuk seketika.
3. Lakukan SBP (standard breading procedure) dan goreng dalam minyak yang panas.
GARLIC BREAD
Bahan-Bahan
4 hiris french toast
100g mentega
2 ulas bawang putih
50g daun seleri
Cara Penyediaan :
1. french toast dipotong kepada 4 hirisan
2. cincang bawang putih dan daun seleri
3. sapukan marjerin pada roti tersebut dan taburkan bawang putih dan daun seleri.
4. bakar roti tersebut sehingga keperangan.
ok..puas hati dah? hehehe.. SELAMAT MENCUBA YA !!
ok sebelum tu, saya nak tanya kamu-kamu ni tahu tak macam mana nak buat chicken boxing a.k.a ayam tinju tu? takpe..takpe..saya tunjukkan ya ;)).. sebenarnyakan.. untuk chicken boxing ni boleh kita nak guna kepak atau paha aym tu.. yang biasa saya buat pakai pah ayam.. tapi kali ini, saya akan tunjukkan pula macam mana nak buat kepak ayam jadi ayam tinju.. hehe
langkah pertama bermula dengan ....
BISMILLAH.. hehe
ok..jom kita tengok cara-caranya..
ehhh..belum selesai lagi..tapi saya nak tunjukkan juga macam mana nak buat pakai paha ayam ya.. lebih kurang macam kat bawah ni ja.
langkah pertama bermula dengan ....
BISMILLAH.. hehe
ok..jom kita tengok cara-caranya..
|
ambil satu bahagian dan potong keliling di hujungnya bagi menanggalkan isi ayam dari tulang |
kemudian, tarik isi ayam di sekeliling tulang |
tarik isi ayam ke bawah dan cabut tulang kecil yang ada |
ni lah rupa bila kita gunakan paha sebagai ayam tinju.. langkah yang sama sahaja cuma bentuk je yang lain sikit |
kemudian sadurkan ayam tersebut ke dalam tepung gandum, celup dalan telur dan sadurkan dengan breadscrumbs. barulah boleh digoreng |
langkah terakhir, barulah digoreng :)) |
SENANG je kan? so, lepas ni boleh lah mencuba ya !!! ;))
0 comments:
Post a Comment