Sunday, March 10, 2013

"American Breakfast"

haip..!! mulai minggu ni dan minggu-minggu yang seterusnya. kami akan tersangatlah RAJIN untuk update menu setiap minggu yah..hehehe. nak tau sebab pa?? adalahhhh.. RAHSIA !! klu rahsia mana boleh habaq ! :p

ok..sebelum nak melalut panjang-panjang.. minggu ni atau dengan secara detailnya pada 5 mac 2013 yang lepaih, kami ada buat menu untuk breakfast. kome-kome semua tau ke idak apa maknanya breakfast ? Meh chek nak habaq mai..

"BREAKFAST" tu sendiri adalah perkataan yang jelas untuk makna di sebaliknya. ok. sekarang kita pecahkan suku katanya. "Break" daripada "fast", atau dengan kaat mudahnya hidangan yang diambil untuk buka daripada puasa(setelah kita tidur semalaman). Malangnya ramai di antara kita yang mengabaikan kepentingan bersarapan ni.

Kebanyakan daripada kita makan malam pukul 8 kan (termasuklah kami) :p. dan selepas itu memalui tempoh 12 jam tanpa sebarang hidangan. kalau nak ikutkan, samalah dengan separuh hari tanpa makana. tambah-tambah ada pulak yang menghalang makanan dariapda masuk ke dalam tubuh dengan tidak bersarapan !!

haa.. kalau u olls nak tahu, "breakfast" ni ada 3 jenis tau :


  •  American breakfast
  • Continental breakfast
  • English breakfast


so.. minggu ni kami hanya tumpukan pada "AMERICAN BREAKFAST" je ya.. "american breakfast" ni kalau kome-kome nak mudah faham, lebih kurang macam sarapan pagi orang barat lah. ada sesetengah daripada orang kampung sejati memang takkan boleh telan lah makanan ni sebab mungkin mereka tak biasa. bagi mat saleh kat luar sana tu, ni memang makanan pagi mereka. 

ok.. ni kami tunjuk sikit camane lah rupa "american breakfast" ni yah





no..no..no.. ni bukan yang kami buat ya..yang kami buat, kami akan tunjuk sat lagi ya.. surprise !!! kih3

ok..ok.. sebenarnya ada 7 menu yang kami kena buat pada minggu ni.. banyak tu!! tapi semuanya sangatlah senang. (senang ke?) ekeke. Antaranya omelett, poached egg, sunny side up, scrambled egg, sausage & baked beans, french toast dan juga pancake. sebut elok-elok tau..jangan tersasul pulak.. hehe

Kome-kome nak ke resepinya? nak la tu.. nak la tu kan? kan?

Disebabkan hari ni hari jadi kucing saya, saya dengan baik hatinya memberi resepi-resepi tersebut kepada kome-kome semua. (godek-godek google pun dapat jugak ni) hehehe


Omelett


2 biji telur
1 tbsp mentega
1 keping keju
Garam dan lada putih
¼ lada benggala (dipotong dadu)
½ tomato (dipotong dadu)
½ cendawan tin (dihiris)
¼  bawang Holland (dipotong dadu)

Cara penyediaan:

1.                   Pukul telur. Perasakan dengan garam dan lada putih dan kacau sehingga sebati.
2.                   Panaskan kuali dan cairkan mentega
3.                   Masukkan telur yang telah dipukul, kemudian letakkan lada benggala, tomato, cendawan dan bawang di atas telur tersebut.
4.                   Setelah telur hampir masak, lipatkan telur tersebut dan hidangkan di dalam pinggan.



Scrambled Egg


2 biji telur
2 tbsp susu segar
1 tbsp mentega
Garam dan lada putih

Cara Penyediaan

1.                   Campurkan semua bahan dan pukul sebati.
2.                   Panaskan kuali dan cairkan mentega.
3.                   Masukkan adunan ke dalam kuali yang telah panas.
4.                   Kacau telur tersebut perlahan-lahan dan angkat sebelum telur terlalu masak (kering).



Sunny Side Up



2 biji telur
1tbsp minyak masak

Cara penyediaan:

1.                   Pecahkan telur di dalam bekas berasingan sebelum dimasukkan ke dalam kuali bagi mengelakkan telur kuning daripada pecah.
2.                   Panaskan minyak di dalam kuali.
3.                   Masukkan telur ke dalam kuali dan goreng sehingga masak. Pastikan telur kuning tidak pecah.



Poached Egg



2 biji telur
¼ periuk air
1 ½ tbsp cuka
Secubit garam


Cara penyediaan:

1.                   Panaskan ¼ periuk berisi air sehingga separa mendidih.
2.                   Masukkan cuka dan garam ke dalam air.
3.                   Pecahkan telur di dalam bekas berasingan. Kacau air satu arah dan masukkan telur perlahan-lahan. Pastikan kuning telur tidak pecah
4.         Pastikan telur membentuk dan masak sempurna selama 3-5 minit sebelum diangkat.



French Toast


 2 biji telur
2 ½ tbsp susu segar
1 ½ tbsp mentega
2 keping roti
Garam

Cara penyediaan:

1.                   Kemaskan roti dengan memotong bahagian tepi roti. Langkah ini dikenali             sebagai ‘trimmed’
2.                   Potong roti kepada 2 bahagian (jadikan bentuk segitiga)
3.                   Pukul telur bersama susu dan garam sehingga sebati.
4.                   Panaskan kuali dan cairkan mentega.
5.                   Celupkan roti ke dalam adunan cecair yang telah sebati dan masukkan ke dalam kuali     sehingga roti berwarna keperang-perangan.



Sausage & Baked Bean



2 biji sosej
2 sudu kacang panggang

Cara penyediaan

1.                   Rebus sosej dan toskan.
2.                   Susun atas pinggan dan letakkan kacang panggang.



Pancake


 Bahan kering
200g  tepung
20g gula
10ml sebuk penaik
 ½ tsp minyak

Bahan basah
1 biji telur
330ml susu
42g minyak masak

Cara penyediaan:

1.                   Campurkan semua bahan kering dan diayak.
2.                   Kemudian campurkan pula bahan-bahan cair seperti telur yang telah dipukul      bersama sus dan minyak.
3.                   Satukan bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul sehingga sebati.
4.                   Panaskan kuali dan cairkan mentega bagi mengelakkan pancake daripada melekat.
5.                   Tuangkan penkek di  tengah-tengah kuali dengan menggunakan ladle.
6.                   Masak penkek sehingga keperang-perangan.
7.                   Hidangkan bersama madu, mentega atau jem.


dah salin semua dah resepi-resepinya?.. apa tunggu lagi.. p lah buat cepat !!! :p

ehem ehem.. ni lah hasilnya pulak bila kami yang membuatnya.. jangan dok gelak-gelak 
sangatlah ya.. kih3(kami gelak tak pe)

ni lah hasilnya american breakfast kami. kat dalam ni ada french toast, omelett dan juga sausage & baked bean.


ni Pancake sedappp punya..

MINGGU depan pulak kami akan buat STOCK, THICKENING AGENT & SAUCE pulak !!..
apa? dah tak sabar nak tunggu resepinya? hehe sabau..sabau..

setakat ni je dulu untuk minggu ni yah.. jumpa lagi di minggu depan.. tata titi tutu

ASSALAMUALAIKUM wbt



2 comments:

bonjour said...

'senyuman' Wall-E?

jiha candygurlz said...

Tq share resepi···· :-)

Post a Comment