SHITAKE CANAPE
Bahan-bahan
20gm cendawan shitake
3 keping roti putih
3 kepingan isi ayam Turki | dihiris keci
5 biji tomato ceri | dihiris
200g Tuna (di dalam tin)
Daun salad secukupnya
Mayonis secukupnya
20gm cendawan shitake
3 keping roti putih
3 kepingan isi ayam Turki | dihiris keci
5 biji tomato ceri | dihiris
200g Tuna (di dalam tin)
Daun salad secukupnya
Mayonis secukupnya
Langkah penyediaan:
1. Roti putih dipotong saiz kecil dan
dipelbagaikan jenis potongan supaya kelihatan menarik. Asingkan.
2. Kemudian hancurkan isi ikan tuna dengan
sudu di atas roti putih yang dilapikkan dengan daun salad. Sapukan pula mayonis
secukupnya di atas inti.
3. Setelah itu susunkan kepingan isi ayam
Turki dan tomato ceri.
4. Akhir sekali, letakkan roti berinti tadi
di atas cendawan shitake yang telah direbus.
5. Sedia untuk dimakan.
seterusnya kite tengok resepi....
MAYONIS
Bahan-bahan
4
biji telur kuning
6 ml cuka
2 tsp garam
2 tsp mustard kering
Secubit cayenne
200
ml salad oil
10 ml cuka
10 ml jus lemon
Langkah penyediaan:
1. Pukul telur kuning sehingga gebu.
Masukkan cuka dan pukul sebati.
2. Masukkan bahan-bahan kering dan kacau
rata.
3. Masukkan salad oil perlahan-lahan
sedikit demi sedikit.
4. Apabila mayonis memekat, kurangkan
kepekatan dengan sedikit cuka. Kacau berselang-seli dengan lebihan minyak.
5. Sesuaikan rasa dan kepekatan
menggunakan jus lemon.
selepas menyediakan mayonis, kita belajar macam mana untuk menyediakan deviled egg...
DEVILED EGG
Bahan-bahan:
3 biji telur
50 ml mayonaise
30g yellow mustard
Garam
50g lada/cili benggala warna merah & hijau
(guna cili besar pun tak pe)
50g bawang holland
Langkah penyediaan
- telur dibasuh dan direbuskan. untuk mendapat tekstur yang lebih cantik, masukkan sedikit cuka dan garam ke dalam air rebusan
- telur yang telah masak direbus, ia perlu dibuang kulit. kemudian, telur itu dibelah dua. telur kuning diambil dan disatukan ke dalam satu bekas.
3. hancurkan telur kuning dengan menggunakan sudu. kemudian masukkan bawang holland, lada benggala ( warna merah,hijau, kuning ) , yellow mustard, garam dan mayonis
4. pipe atau guna satu sudu kecil telur kuning yang telah dicampur tadi ke dalam telur putih
5. hias deviled egg mengikut kreativiti anda
sebelum kita tengok resepi terakhir, ada satu sos yang mencampurkan rasa salad iaitu basic vinaigrette atau lebih disebut istilah dressing...
BASIC VINAIGRETTE
Bahan-bahan
20 ml cuka
½ @ 1
tsp garam
½ tsp
lada sulah
35 ml salad oil
Langkah penyediaan:
1. Campurkan semua bahan dan kacau hingga
sebati.
2. Kacau lagi sebelum digunakan.
akhir sekali kita tengok cara-cara menyediakan caesar salad..
CAESAR SALAD
Bahan-bahan:
350
gm daun salad
Romaine
50 gm roti
20 ml
olive oil
5 hirisan ikan
bilis dalam botol (anchovy fillets)
2 ml bawang putih,
dihancurkan
1
biji telur
(direbus dengan api perlahan selama 1-2 minit)
25 ml jus lemon
85 ml olive oil
Secukup
rasa garam
10 gm parmesan cheese,
disagat
Langkah penyediaan:
1. Basuh daun salad dengan bersih. Simpan
di dalam refrigerator.
2. Buang bahagian tepi roti dan potong
kepada kiub kecil (1cm).
3. Panaskan kuali dengan lapisan nipis
olive oil. Saute roti berkenaan (crouton) sehingga perang dan rangup. Angkat
daripada api.
Dressing
4. Lenyek ikan bilis dan bawang putih
bersama dan jadikan pes.
5. Pukul telur dan jus lemon bersama
sehingga gebu. Masukkan olive oil perlahan-lahan.
6. Sesuaikan rasa.
7. Potong atau koyakkan daun salad kepada
saiz kecil. Masukkan ke dalam mangkuk besar.
8. Sebelum dihidangkan, tuangkan
‘dressing’ ke atas salad di dalam mangkuk dan taburkan parmesan cheese di
atasnya.
9. Masukkan croutons. Hidangkan.