PENGENALAN
Dessert / Pencuci Mulut merupakan hidangan yang perlu dihidangkan atau disediakan selepas pelanggan menikmati hidangan berat. Ini kerana tanpa menghidangkan dessert, sesuatu menu itu selalunya boleh dianggap kurang lengkap.Dessert merupakan hidangan pencuci mulut yang terakhir selepas Appertizer / Pembuka Selera, Soup / Sup dan Main Course / Hidangan Utama. Di antara contoh dessert popular barat ialah:
- Sweet crust : (Apple Pie, Fruit Tartlet)
- Pastry cream : (Inti Tartlets)
- Kek : (Pineapple Up Side Down, Span Kek, Black Forest Cake)
- Custard : (Cream Caramel)
- Pudding : (Pudding Jagung)
- Cookies : (Biscuit Chocolate Chips)
- Pastri lapis : (Danish, Puff Pastry)
- Pastry rapuh asas : (Pai Ayam)
JENIS-JENIS DESSERT
- Dessert Sejuk – Pencuci mulut yang dihidang sejuk, antara contohdessert sejuk ialah jenis kek, puding, jeli atau agar-agar, mousse, ais krim, pan cake dan sebagainya.
- Dessert Panas – Pencuci mulut yang dihidang panas, antara contohdessert panas ialah, puff pastry, pai, danish, pastry lapis, cookiesdan sebagainya.
RESEPI PADA MINGGU INI IALAH:
PAVLOVA (Cold)
Bahan:
2 biji putih
telur
100g gula
kastor
1 tsp tepung
jagung
1 tsp esen
vanila
1 tsp cuka
masakan
100 ml krim
putar
50g strawberi
50g kiwi
50g mangga
½ tsp garam
Cara penyediaan
1. Panaskan oven ke suhu 150°C. Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak.
2. Putarkan putih telur dan garam sehingga
gebu. Tambahkan gula sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Putar laju selama 3
minit atau sehingga adunan menjadi gebu berkilat.
3. Tambahkan tepung jagung, cuka
masakan dan esen vanila. Putar sehingga kental. (meringue)
4. Gunakan spatula untuk mengaup
meringue dan masukkan ke dalam dulang pembakar.
5. Bakar selama 1 jam pada suhu 120
°C. Pavloava seharusnya berasa kering rapuh apabila disentuh. Tutup api oven
dan biarkan sejuk di dalam oven.
6. Putar whipped cream sehingga
kental. Letakkan atas pavlova dan hias dengan buah-buahan.
MANGO MOUSSE (Cold)
Bahan:
1 biji mangga (dicincang halus)
½ biji lemon (diambil jus)
300g krim putar
¼ cup hot water
1 tbsp gelatin
½ cwn gula aising (diayak)
air
Cara penyediaan
Cara penyediaan
1. Kisar mangga bersama jus lemon dan aising sugar.
2. Larutkan gelatin dalam air panas. Tuangkan ke dalam kisaran mangga dan
kacau sebati.
3. Masukkan whipped cream dan kacau sebati. Hidang dalam bekas yang
sesuai.
APPLE PIE (Hot)
Bahan:
250g tepung
serbaguna
100g mentega
75g gula
aising
1 biji telur
Cara Penyediaan Doh
1. Gaulkan tepung, mentega, gula dan uli
sehingga adunan menjadi seperti berderai.
2. Kemudian masukkan telur dan gaul sehingga ia menjadi doh yang lembut.
Inti pai
Bahan:
2 biji epal
100g gula
perang
1tbsp gula
kastor
50g kismis
½ inci kulit kayu manis
½ tbsp tepung
jagung
50 ml air
Cara penyediaan inti pai
1. Potong dadu epal dan masak bersama gula perang dan gula kastor.
2. Setelah gula larut, masukkan kulit kayu manis dan gaul sehingga naik
bau.
3. Apabila epal hampir empuk, masukkan tepung jagung yang dicampur air
agar inti menjadi sedikit pekat.
4. Biarkan sejuk setelah inti masak.
Cara penyediaan Pai
1. Giling atau rolkan adunan doh tadi sehingga rata dan sama tebal.
2. Letakkan inti yang telah dimasak tadi ke atas doh yang telah digiling.
3. Lipat doh tersebut kepada dua bahagian dan potong bahagian doh yang
berlebihan agar pai kelihatan cantik dan kemas.
4. Setelah siap, sapukan telur ke atas permukaan kulit pai. Bakar selama
30-40 minit dengan suhu 180 °C.
0 comments:
Post a Comment