Wednesday, July 28, 2010

JEM NENAS


Pengenalan Kepada Jem Nanas

Jem merujuk kepada makanan yang terkenal bagi semua kaum di Malaysia.Jem juga merupakan sejenis manisan yang dihasilkan melalui perahan ataupun isi-isi buah-buahan. Terdapat pelbagai jenis jem yang dihasilkan melalui buah-buahan seperti nanas, pisang, mangga dan lain-lain buah. Malahan terdapat juga jem yang dihasilkan melalui sayur-sayuran.

Jem Nanas disediakan dari buah nanas yang sesuai kematangannya dengan mendidihkannya bersama gula dan bahan tambahan yang dibenarkan sehingga ianya menjadi likat dan kemudian akan beku (set) apabila disejukkan. Aspek penting yang perlu diberi perhatian adalah pemilihan buah nanas untuk membuat jem. Nanas yang dipilih mestilah cukup masak. Nanas yang masih muda mengandungi banyak asid dan ini boleh menjejaskan mutu jem. Nanas yang terlalu masak juga tidak sesuai digunakan kerana ia mengandungi air yang banyak di samping mempunyai warna yang kurang menarik.Pemilihan nanas sebagai satu bahan yang utama kepada jem ini adalah kerana nanas mengandungi pelbagai nutrient yang penting.


khasiat nanas
Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah.

Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat. Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia.

Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah.


ramuan yang terlibat

Formulasi Untuk Jem Nanas (1 kg Nanas)
Bahan Kuantiti (gm)

Isi Nanas 1 kg
Gula 1.22 kg
Asid Sitrik 4.5 gm
Pektin 11.2 gm
Perisa -
Bahan awet -
Pewarna(E102) yang dibenarkan -


Kaedah pemprosesan Jem Nanas

1) Nanas yang dipilih mestilah cukup masak. Nanas yang masih muda mengandungi banyak asid dan ini boleh menjejaskan mutu jem. Nanas yang terlalu masak juga tidak sesuai digunakan kerana ia mengandungi air yang banyak di samping mempunyai warna yang kurang menarik.

2) Buah nanas yang cukup masak dibuang kulit, mata dan empulur. Kemudiannya dibasuh dan dihancurkan.

3) Kemudian isi nanas tersebut dipanaskan perlahan-lahan di dalam kawah.

4) Pektin perlu digaulkan dengan gula sebelum dicampurkan ke dalam kawah yang mengandungi isi nanas yang telah dipanaskan. Masukkan campuran tersebut sedikit demi sedikit untuk mengelakkannya daripada berketul.

5) Kemudian campuran ini dikacau sehingga hampir pekat di mana kandungan gula menunjukkan kepekatan mencapai 68ºBx.

6) Setelah itu, asid sitrik dicampurkan dan dikacau terus sehingga sebati. Jem yang di proses mestilah cukup kandungan asidnya iaitu pH 2.8–3.4.

7) Setelah dimasak, jem tersebut perlu dibotolkan semasa masih panas lagi. Ini perlu bertujuan untuk mengelakkan jem beku (set) sebelum dibotolkan.

8) Botol-botol yang telah diisi mestilah ditutup rapat dengan serta-merta. Ini adalah untuk mewujudkan keadaan separa hampagas (partial vacuum) di bahagian mulut botol. Dengan ini dapat mengurangkan pencemaran mikroorganisma terhadap jem.

9) Labelkan botol-botol jem nanas mengikut keperluan. Seterusnya produk sudah boleh dihantar kepada pengguna.


rujukan:
tugasan 2 pelajar kursus makanan dan teknologi (SHF 3303)
(tajuk : pemprosesan makanan)

0 comments:

Post a Comment