Showing posts with label BUAH-BUAHAN. Show all posts
Showing posts with label BUAH-BUAHAN. Show all posts

Thursday, August 12, 2010

Khasiat pisang


TAHUKAH ANDA?

* Pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
* Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.
* Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
* Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.
* Pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
* Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

khasiat buah-buahan


1.Buah epal
Epal mempunyai rasa yang hebat tetapi terdapat banyak sebab untuk memakannya selain daripada rasanya yang enak.

Epal mengandungi banyak zat bagi membantu tumbesaran kanak-kanak dengan baik. Contohnya, ia mengandungi sejenis galian dipanggil boron yang amat penting untuk tulang yang sihat dan kuat supaya anda boleh membesar dan bermain semua jenis sukan.

Epal juga mengandungi banyak anti-oksidan iaitu bahan yang melindungi jantung daripada pelbagai penyakit seperti serangan jantung, angin ahmar dan barah seperti barah usus.


2.buah Oren
Oren adalah buah sitrus yang paling terkenal dan telah lama diakui kerana mengandungi banyak vitamin C.

Kulit dan kulit bahagian dalam Oren kaya dengan pectin (sejenis gentian yang larut) dan flavanoid yang bertanggungjawab mengekalkan reputasi buah Oren di dalam pencegahan selsema.

Memakan 2-4 biji Oren sehari juga diketahui dapat menurunkan paras kolesterol dan juga menurunkan risiko barah kolon. Ia juga diketahui dapat mencegah dan menghancurkan batu dalam buah pinggang.